Wednesday, October 22, 2014

MIliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

RM30





Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online



Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira





Tuesday, October 21, 2014

Rai pelanggan dengan bahasa sopan



Rahayu Rashid


Ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.
Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!
Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah.
Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.
Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan.
Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan. Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah. Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan?
eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!
Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita. Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.
Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!
Tahniah Puan Masayu Ahmad!

Thursday, October 16, 2014

Ulangi pembelian sekiranya khidmat jualan memuaskan

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Di Rumah atas kelahiran e-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Bertuah rasanya dapat memiliki dan membaca naskhah e-book ini dan saya anggap tepat pada masanya.
 
Sejak kebelakangan ini saya banyak mendapatkan barang melalui pembelian online. Bukan sahaja mudah dan santai, malah menjimatkan. Saya juga akan mengulangi pembelian jika kualiti produk pada tahap yang bagus dan khidmat yang diberi sangat memuaskan. Kini saya turut berniaga secara online, saya juga mahu pelanggan berpuashati dengan khidmat dan jualan saya.
 
Satu persatu topik penting dikupas oleh penulis dalam e-book ini. Terkandung panduan yang bermanfaat bagi usahawan online yang baru bermula malah sesuai bagi usahawan tegar untuk menambah baik khidmat pelanggan. Rahsia-rahsia yang terkandung dalam e-book ini membantu kelangsungan bisnes online yang baik dan memberi kebaikan kepada dua pihak iaitu usahawan dan pelanggan dalam mewujudkan sistem perniagaan online yang sihat. Bagi yang belum memilikinya, saya sarankan untuk dapatkan sekarang juga. Satu pelaburan yang sangat berbaloi.

Wednesday, October 8, 2014

Menambah baik khidmat pelanggan


Walau pun cik azue ni bolehlah dikatakan dah berkecimpung dengan urus niaga online secara serius hampir 4 atau 5 tahun juga, tetapi cik azue suka juga membaca garapan yang ditulis oleh puan penulis. Bagi anda rakan-rakan yang baru hendak berjinak-jinak dengan urus niaga online ini, terutama kepada bakal para usahawan online, e-book ini boleh kalian dijadikan sebagai buku panduan permulaan.
Bercakap tentang E-book ini, secara amnya, mempunyai 8 bab dengan satu bab Bonus:Perkongsian Pengalaman untuk dijadikan panduan.

Disenaraikan bab-bab yang terkandung di dalam e-book ini beserta serba sedikit ulasan berkaitan.

Bab 1 - Urusniaga Online
Menerangkan apa itu urusniaga online dan perbezaannya dengan urusniaga offline, siapa pelanggan online serta juga terdapat istilah-istilah yang sering digunapakai ketika urusniaga online.

Bab 2 - Menggembirakan Pelanggan
Diterangkan bagaimana cara bagi menggembirakan pelanggan yang membuat urusniaga online dengan kita serta bagaimana juga harus kita mengawal emosi yang menguasai seseorang usahawan online terbabit.

Bab 3 - Membina Keyakinan Pelanggan
Ebook ini menceritakan beberapa perkara perlu dan sampingan yang boleh dilakukan bagi menambah keyakinan pelanggan terhadap seseorang usahawan online itu. (oh, ho! ada beberapa perkara yang perlu cik azue perhalusi disini bagi memantapkan perusahaan online cik azue - sebab itu cik azue suka membaca banyak-banyak, lagi banyak dibaca, lagi baca yang perlu dibaca untuk lebih banyak ambil tahu)

Bab 4 - Menawan Hati Pelanggan
Disenaraikan 11 perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan kita (pengusaha online) dapat menawan hati para pelanggan - ya, beberapa perkara sudah cik azue buat, dan ada beberapa perkara yang perlu cik azue perbaiki lagi selepas ini.

Bab 5 - Menghargai Pelanggan
Ada 10 panduan yang berguna yang boleh diguna pakai bagi memperbaiki mutu khidmat pelanggan yang dipraktis selama hari ini. Selalunya cik azue lakukan apa yang difikir akan menggembirakan hati sendiri, jika berada di pihak pembeli.

Bab 6 - Kuasa Khidmat Pelanggan
Percaya atau tidak, khidmat pelanggan yang baik menjaminkan pulangan kesetiaan pelanggan. Ini juga ditonjolkan dalam ebook ini seperti mana yang cik azue pernah rasai sebelum ini.

Bab 7 - Khidmat Pelanggan Profesional
Melalui bab ini, kita dapat mempertingkatkan skil khidmat pelanggan sedia ada.

Bab 8 - Tingkatkan bilangan Pelanggan Setia
Terdapat juga saranan yang boleh dilakukan bagi menambah bilangan pelanggan setia sedia ada melalui beberapa panduan.

Tepuk dada tanya Nawaitu. Apa mahu kita menjadi salah seorang usahawan online.
Ebook ini, sejujurnya, adalah garapan beberapa buah buku motivasi perniagaan yang telah cik azue baca (baca tanpa buat ulasan di blog- penyakit 'M' telah melanda). 

Menariknya, dengan hanya membaca satu ebook yang dikira agak lengkap ini, sudah memadai sebenarnya untuk anda jadikan panduan, jika benar-benar mahu terjebak dalam perusahaan online ini. 

Melalui beberapa perkongsian yang dimuat di dalam ebook ini juga dapat memberi tunjuk ajar pada anda yang buka mata hati untuk belajar.
Pendek kata, sebab entri hari ini pun sudah panjang, maka, sebagai kesimpulannya, bagi cik azue, ebook ini dapat membantu menambah baik mutu khidmat pelanggan yang sedang cik azue lakukan sekarang ini.
Anda, usahawan online, khususnya, macam mana? Bagaimanakah mutu khidmat pelanggan yang ditawarkan? Jika ingin menerokai ebook ini, anda boleh hubungi cik azue bagi mendapatkan naskah berharga ini untuk dijadikan panduan.
Akhir kalam, benarlah kata orang bijak pandai, semakin banyak yang kita tahu, maka akan semakin banyak lah yang akan kita tidak tahu. Solusinya adalah dengan belajar tanpa henti, dari buaian, sehinggalah ke liang lahad.

Macam biasa, nak hubungi cik azue:
email: kuazue@gmail.com
fb: Kuazue Mohamad Azuriyah Mohamad
Page: Kuazue Mohamad
http://kuazue.blogspot.com/2014/10/entri-87-rahsia-khidmat-pelanggan.html