Monday, September 29, 2014

Etika Usahawan Online



Alhamdulillah, terima kasih kekanda Azzah Yusof, ulasan EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN USAHAWAN ONLINE

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.

E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.

Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.

Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.

Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.
http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html

Wednesday, September 17, 2014

Menggunakan Bahasa Yang Baik



1. Menggunakan bahasa yang baik
Pelanggan berhak menerima bahasa dan layanan yang baik. Ini memberi gambaran usahawan yang berhemah menggunakan basaha sopan dalam melayan pelanggan. Pilih bahasa atau perkataan yang sesuai dalam proses komunikasi dua hala sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.
Pelanggan  gembira apabila dirai dengan bahasa sopan. Ini menjadikan pelanggan dihargai dan mereka lebih mudah untuk membeli.
2. Jawab dengan cepat, respon yang pantas.
-Semakin cepat pelanggan menerima respon apabila ditanya, semakin mudah membuat keputusan pembelian.
-Berusahalah untuk menjawab secepat dan sebaiknya. Respon dengan pantas dengan menjawab dengan terperinci tentang produk dan cara pembayaran.
Baca lagi dalam Bab 2: Mengembirakan pelanggan.

Maklumbalas Pelanggan



Maklumbalas Pelanggan
Sangat penting untuk mengetahui apa yang pelanggan dapat atau capai melalui produk/perkhidmatan adalah maklumbalas. Iaitu usahakan bertanya untuk mendapat respon, ulasan, testimony. Ambil sedikit masa bertanya khabar dan bertanya adakah berbaloi pembelian produk. Apa yang pelanggan dapat.
Hasil tersebut membantu kita untuk mengetahui kepuasan pelanggan dan adakah produk yang dijual tersebut membantu menyelesaikan masalah pelanggan.
Semakin banyak maklumbalas positif yang kita terima semakin baik untuk member contoh kepada pelanggan baru. Semakin banyak komen negative, maksudnya ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan. Berusalah untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan. Jangan malu untuk bertanya.

Bab 5: Menghanrgai Pelanggan

Ikhlas Dan Senyum


2.     Ikhlas Dan Senyum.
Mulakan hari dengan perasaan ikhlas, mahu membantu lebih ramai pelanggan melalui produk/perkhidmatan yang kita tawarkan. Mulakan dengan niat ikhlas, semoga produk/perkhdimatan yang ditawarkan dapat membantu masalah, penyelesaian penyakit atau apa sahaja.
 Sapa bakal pelanggan/pelangan dengan senyuman. Mudah sahaja letak sahaja ikon senyum/ ;) apabila berbicara pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyum itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah perghargaan yang cukup mudah.

Petikan Bab 5: Hargai Pelanggan